Gambar Udang Goreng Kunyit

Resepi Udang Goreng Kunyit Ranggup, Sederhana dan Mudah

Resepi Udang Goreng Kunyit sebenarnya sederhana dan mudah saja, tetapi jika anda ingin membuang bahagian udang, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk proses memasaknya. Udang Goreng Kunyit biasanya menjadi keras jika dimasak bersamaan dengan kulitnya dan dibiarkan lama. Jadi lebih baik cukupkan sahaja untuk dijadikan ulam untuk sekali makan. 

Resepi Udang Goreng Kunyit ini menghasilkan hidangan yang sangat sedap dan tidak menghilangkan rasa semulajadi dari isi Udang. Boleh juga di gabungkan dengan Sambal Belacan ataupun Sambal Kicap, dijamin menambah lagi pinggan nasi anda

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
  • Gunting (jika perlu)
BAHAN-BAHAN:
  • 15 ekor Udang
  • 3 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 2-3 ulas Bawang merah
  • 3-4 ulas Bawang putih
  • 1/2 batang Carrot
  •  6 batang Kacang buncis
  • Segenggam Daun kari
  • Minyak masak
BAHAN OPSYENAL:
  • 1 sudu kecil Serbuk Stok Ikan Bilis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk Perasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA MASAK UDANG GORENG KUNYIT:
  1. Bersihkan udang menggunakan air dan potong bahagian yang tidak diingini
  2. Perap Udang dengan Serbuk Kunyit dan sedikit Garam
  3. Potong Bawang merah, Bawang putih, Carrot, Kacang Buncis dan Daun Kari
  4. Panaskan Minyak kemudian Masukkan Udang ke dalam Kuali
  5. Goreng Udang dalam 3-4 Minit kemudian Angkat dan toskan
  6. Angkat kebanyakan minyak yang digunakan untuk menggoreng udang, sisakan secukupnya sahaja
  7. Tumis Bawang merah dan Bawang putih 
  8. Bila dah keperangan, masukkan Daun Kari ke dalam Kuali kemudian kacaukan
  9. Masukkan Carrot
  10. [Opsyenal]
    Masukkan Garam
    Masukkan Serbuk Stok Ikan Bilis, kacau sampai rata
  11. Masukkan Kacang Buncis kemudian kacaukan, goreng 1-2 minit sahaja supaya tidak terlalu layu
  12. Akhir sekali masukkan Udang yang sudah digoreng tadi gaul sampai rata
  13. Angkat dan hidangkan
PRO TIP:
  1. Jika menggunakan Udang ukuran medium dan besar, eloklah keluarkan kulit kepala dan kaki supaya lebih mudah dimakan.
  2. Jangan buang bahagian yang tidak digunakan, kumpul kemudian boleh digoreng kering dan dikisar halus untuk digunakan sebagai pengganti Belacan
  3. Untuk udang bersaiz medium dan kecil, tak perlu buang kulit ekor supaya udang nampak cantik.
  4. Tidak perlu membersihkan Udang kecil dari kotorannya
  5. Menurut petuah orang lama kulit dan ekor Udang mengandungi obat kolesterol, jadi ada khasiat bila dimakan
  6. Boleh menggunakan Kacang Salji atau Kacang Panjang jika tidak punya Kacang Buncis
  7. Anda boleh menggunakan perasa tetapi lebih sihat jika anda tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Shafik Ismail, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: