Gambar Siakap Stim Halia

Resepi Siakap Stim Halia Canton

Siakap Stim Halia merupakan hidangan yang berasal dari Canton (Guangzhou) di China. Dalam budaya Cina, Ikan sering dianggap sebagai simbol nasib baik dan kemakmuran. Atas sebab itu Resepi Siakap Stim Halia biasa digunakan apabila ada majlis perkahwinan atau Tahun Baru Cina dan biasanya merupakan hidangan yang paling mahal.

Siakap Stim Halia merupakan hidangan yang sedap dan menyihatkan, jadi sesuai juga dimakan ketika kita sedang sakit. Resepi Siakap Stim Halia ini Ini adalah resepi asli dan tidak menggunakan Lemon dan Tomato seperti yang digunakan dalam versi Thai.

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Kuali
  • Kuali Pengukus
  • Spatula
  • Sapu Minyak
  • Pinggan untuk mengukus Ikan
  • Sendok dan Garpu
  • Mangkuk Sos
PERALATAN OPSYENAL:
  • Gunting
BAHAN-BAHAN:
  • 700gr Ikan Siakap
  • 3 inci Halia
  • 3 Batang Daun Bawang
  • 1 Batang Daun Ketumbar 
  • 1 sudu Sos Kicap
  • 1 sudu Sos Ikan
  • 1 sudu Sos Tiram
  • 1 biji Cili Merah Besar
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 sudu Minyak Bijan
  • 5 sudu Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:
  • ½ sudu Lada Sula
  • Air dan Ais
  • Secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SIAKAP STIM HALIA:
  1. Belah bahagian bawah Ikan dan keluarkan semua organnya, jika mendapatkan telur boleh disimpan kerana tidak akan dimasak serentak dalam resepi ini
  2. [Opsyenal]
    Gunakan Gunting untuk memotong ekor dan sirip Ikan agar kelihatan lebih cantik
  3. Bersihkan bahagian luar dan dalam Ikan menggunakan Air mengalir, pastikan tidak ada darah ataupun bahagian dalam Ikan yang tertinggal
  4. Nyalakan Api dan masukkan Air ke dalam Kuali Pengukus, tunggu sampai mendidih
  5. Hiris memanjang ujung daging luar di sekitar tulang atas di bahagian kanan dan kiri Ikan, usahakan jangan sampai putus agar Ikan boleh berbaring terbuka di atas piring seperti yang terlihat dalam gambar
  6. Lumurkan sedikit Garam ke bahagian luar dan dalam Ikan
  7. [Opsyenal]
    Lumurkan Lada Sula ke bahagian luar dan dalam Ikan
  8. Hiris tebal ½ Halia dan potong Tangkai putih Daun Bawang, Bagian Daun Bawang akan kita gunakan untuk hiasan hidangan
  9. Susun Tangkai Bawang dan Halia yang sudah dipotong di bawah Pinggan untuk mengelakkan Air kukus Ikan terserap semula ke dalam Ikan
  10. Sapu sedikit Minyak Bijan atas Ikan dan taruh Ikan di atas Pinggan
  11. Letakkan beberapa Tangkai Bawang dan Halia di atas Ikan
  12. Tutup Kuali Pengukus dan Kukus Ikan selama 10 – 12 minit tergantung saiz Ikan
  13. Potong Akar Daun Ketumbar dan hiris nipis Daun Ketumbar, Halia dan Daun Bawang 
  14. Potong nipis Cili Merah Besar dan buang bijinya
  15. [Opsyenal]
    Masukkan Cili Merah Besar, sedikit Daun Bawang dan Daun Ketumbar ke dalam Air Ais
  16. Campurkan Sos Ikan, Sos Kicap, Sos Tiram dan sedikit Gula ke dalam Mangkuk Sos kemudian Gaul sampai sebati
  17. [Opsyenal]
    Tambahkan Secukup rasa ke dalam Sos
  18. Nyalakan Api, kemudian Masukkan sos dan sedikit Halia dan Daun Bawang, gaul sampai sebati
  19. Buka penutup Kuali Pengukus kemudian tusuk ikan menggunakan garpu pada bahagian daging Ikan yang paling tebal, jika mudah capai tulang ikan dan warna putih matanya itu tandanya ikan sudah masak
  20. Angkat Ikan dan buang Air Kukusan Ikan jika ada  supaya tidak bercampur dan merubah rasa sos
  21. Angkat Cili Merah Besar, Daun Bawang dan Daun Ketumbar dari dalam Air Ais ke atas Ikan
  22. Tuangkan sos ke atas Ikan
  23. Nyalakan Api, kemudian masukkan Minyak Masak, Akar Daun Ketumbar, sisa Halia dan Daun Bawang kemudian Gaul sampai sebati
  24. Angkat semua bahan lain kecuali Minyak dan Tuangkan Minyak panas ke atas Ikan
  25. Angkat sebagian Sos menggunakan Sendok dan tuangkan ke atas Ikan supaya sos meresap
PRO TIP:
  1. Gunakan Siakap yang masih hidup sehingga dagingnya wangi, halus dan sedap
  2. Minta bantuan penjual Ikan untuk membersihkan Ikan yang dibeli untuk mempermudah dan mempercepat proses masak
  3. Boleh menggunakan Ikan Lain seperti Ikan Patin, Black Kod, Tilapia, atau Kerapu yang dagingnya mempunyai banyak kandungan lemak dan kolagen
  4. Jika menggunakan ikan beku, tunggu ikan sampai mencapai suhu bilik
  5. Gunakan Pinggan besar yg terbuat daripada Seramik atau Marmar
  6. Perbedaan dikukus (stim) dan direbus, kalau direbus Ikan akan dimasak sambil terendam Air, sedangkan kalau dikukus Ikan akan dimasak menggunakan uap Air
  7. Halia cukup untuk hilangkan bau hanyir pada Ikan, tetapi boleh memakai sedikit Kunyit, Limau, atau Lemon jika tidak mencukupi
  8. Boleh guna Secukup rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Dapur Kak Zai, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: