gambar roti jala

Resepi Roti Jala cantik yang lembut sampai petang

Roti Jala merupakan hidangan terkenal dari Malaysia, hidangan ini adalah sejenis lempeng nipis bercorak jaring yang menawarkan rasa yang unik dan keindahan visual yang menarik perhatian. Dengan sedikit usaha, resepi roti jala ini akan membimbing anda dalam proses pembuatan menggunakan bahan bahan yang sederhana. Roti Jala boleh dihidangkan dengan mudah sebagai pembuka selera atau iringan hidangan utama.

Biasanya Roti Jala dihidangkan bersama kuah kari yang sedap dan kaya dengan rempah ratus atau Serawa Durian. Lama kelamaan, roti jala telah mengalami variasi bahan dan perisa. Roti jala juga boleh dihidangkan bersama inti seperti kelapa parut, pisang atau gula untuk kelainan yang lebih kreatif. Ikuti langkah langkah mudah dalam resepi roti jala ini, dan dalam waktu singkat, Anda akan menikmati kelezatan Roti Jala yang lembut dan beraroma.

PERALATAN:
  • Blender
  • Spatula
  • Tapisan
  • Botol sos 3 lubang atau 5 lubang
  • Frypan
  • Sapu Minyak
BAHAN-BAHAN : 
  • 1 biji Telur 
  • 400 ml Air 
  • 400 gr cawan Tepung Gandum 
  • 1 sudu kecil Garam 
  • 1 sudu makan Gula Pasir 
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:
  • 250 ml Santan 
  • 200 ml Susu
  • Pewarna semula jadi:
    Merah: Ubi Bit, Biji Delima, Raspberi, Cranberi dan Teh Bunga Raya
    Oren: Jus Lobak Merah, Puri Ubi Keledek, dan Paprika
    Kuning: Serbuk Kunyit dan Labu Butternut
    Hijau: Bayam, Serbuk Matcha, Spirulina, Alpukat dan Kiwi
    Biru: Beri biru dan Serbuk Bunga Kacang Rama-rama
    Ungu: Beri Hitam dan Anggur
    Coklat: Coklat dan Kopi

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT ROTI JALA:
  1. Masukkan Telur, Tepung Gandum, Air, Garam dan Gula ke dalam blender
  2. [Opsyenal] 
    Masukkan Santan 
    Masukkan Susu
  3. Masukan Serbuk Kunyit
  4. Blender sekejap
  5. Jika ada Tepung yang melekat pada dinding Blender, buka penutup blender dan bersihkan dengan spatula supaya adunan sebati
  6. Blender lagi sampai sebati
  7. Saring adonan dengan tapis supaya tak ada ketulan tepung
  8. Masukkan adonan ke dalam botol sos 3 lubang dan tutup rapat
  9. Panaskan Frypan
  10. Sapu sedikit minyak di atas frypan
  11. Tuangkan adunan dengan gerakan bulat atau zig zag untuk membentuk jala sehingga merata ke seluruh Frypan
  12. Tunggu bahagian atas kering, boleh langsung diangkat, tak perlu di balik balikan
  13. Angkat ketika bahagian tepi sudah kering
  14. Jika masih ingin membuat roti jala, Kembali ke langkah 10
  15. Setelah roti cukup, balik bahagian atas roti menjadi bahagian bawah lalu lipat roti 1 per 1 dengan cara melipat bahagian kanan dan kiri ke tengah roti kemudian gulung dari bawah
PRO TIP:
  1. Jumlah Air adalah sama dengan jumlah Tepung
  2. Supaya tak basi dan tahan sampai ke petang tak perlu guna Santan atau Susu
  3. Gunakan pewarna semula jadi daripada pewarna makanan supaya lebih sihat tetapi ada beberapa perkara yang perlu diingat apabila menggunakan pewarna makanan semula jadi antara lain:
    (a) Warnanya mungkin tidak seterang pewarna makanan tiruan dan mungkin berubah dari semasa ke semasa, jadi sebaiknya gunakannya sejurus selepas membuatnya.
    (b)Tidak semua pewarna makanan semulajadi dicipta sama. Sesetengah pewarna makanan semula jadi mungkin mempunyai sedikit rasa, jadi pastikan anda perlu mencuba untuk mencari jumlah yang sesuai untuk resipi anda.
    (c) Tidak semua bahan pewarna makanan alami sesuai dengan Santan atau Susu
  4. Tengok Lubang putar bila blender berfungsi, kita nak pastikan lubang tu hanya sebesar jari kelingking, kalau lebih besar maknanya adunan cair dan masukkan tepung, kalau lebih kecik bermakna adunan pekat dan kena tambah air
  5. Jika tidak mempunyai botol sos mata 3, anda boleh menggunakan botol kosong yang telah ditebuk lubang pada penutupnya.

Resipi inspirasi dari channel Orkids Channel, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags:

This page is protected by copyright