Gambar Rempeyek

Resepi Rempeyek Nusantara yang Rangup dan Sedap

Rempeyek atau yang biasa dipanggil Peyek ialah makanan yang berasal dari budaya Jawa kuno. Resepi Rempeyek ini berisi tentang cara menggoreng adunan tepung dalam bentuk leper dengan ditaburi Kacang Tanah dan mengunakan Rempah Ratus yang berbeda dari yang biasa dibuat di Malaysia. Di Indonesia Rempeyek biasanya disajikan sebagai hidangan pelengkap bersama dengan Nasi Pecel.

Dalam budaya Jawa kuno orang menggunakan nasi untuk membuat makanan ringan. Resepi Rempeyek rakyat Jawa kuno kemungkinan tidak menggunakan rempah yang sama seperti yang kita tahu sekarang. Variasi Rempeyek muncul juga seiring dengan berlalunya masa dan kini kita boleh menemui Rempeyek dengan taburan Ikan Bilis, Udang, Kacang Hijau, dan sebagainya.ย 

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali yang lengket
  • Spatula
  • Whisk
  • Mangkuk Besar
PERALATAN OPSYENAL:
  • Penapis
  • Acuan Rempeyek
  • Sudu
BAHAN-BAHAN:
  1. 200gr Kacang Tanah
  2. 250gr Tepung Gandum
  3. 50gr Tepung Jagung
  4. 50gr Tepung Ubi
  5. 1 butir Telur Ayam
  6. 65ml Santanย 
  7. 8 helai Daun Jeruk
  8. 6 ulas Bawang Putih
  9. 4 biji Buah Keras
  10. 1 sudu Ketumbar
  11. ยฝ sudu Kiub Pati Ayam
  12. ยผ sudu kecil Serbuk Kunyit
  13. ยผ sudu kecil Baking Powder
  14. 1 sudu kecil Garam
  15. 500ml Air
  16. Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:

ยฝ sudu kecil Serbuk Perasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT REMPEYEK:
  1. Potong Kacang Tanah menjadi dua tanpa membuang kulitnya agar Kacang bisa masak sempurna semasa digoreng
  2. Hiris Nipis Daun Jeruk, buang Tangkainya
  3. Masukkan Bawang Putih, Buah Keras, Ketumbar ke dalam Blender kemudian Kisar halus
  4. Masukkan Tepung Gandum, Tepung Jagung, dan Tepung Ubi ke dalam Mangkuk Besar kemudian gaul sampai rata
  5. Tambahkan Bahan Kisar, Serbuk Kunyit, Garam, Kiub Pati Ayam, Santan, Baking Powder dan Telur Ayam
  6. [Opsyenal] Masukkan Serbuk Perasa
  7. Masukkan Air sedikit demi sedikit sambil kacau rata jangan biarkan ada yang berketul
  8. Tambahkan hirisan Daun Jeruk ke dalam Adunan kemudian kacau sampai rata
  9. Masukkan Kacang Tanah kemudian kacau sampai rata
  10. Panaskan Minyak Masak di dalam Kuali dan gunakan Api sederhana semasa memasak
  11. Siram tepian Kuali dengan Minyak Panas agar Adunan tidak melekat pada Kuali
  12. Lalukan Adunan Rempeyek nipis-nipis di tepi keliling Kuali, isi tepi keliling Kuali hingga penuh tanpa Acuan Rempeyek menggunakan Spatula
  13. Siram Adunan yang ada di tepi Kuali dengan Minyak sesekali, teruskan supaya Adunan cepat kering dan senang ditanggalkan, lepaskan Rempeyek ke dalam minyak
  14. Ketika Adunan sudah tidak berbuih dan berwarna kuning kecoklatan tandanya Adunan sudahbmatang, Angkat semua Rempeyek sehingga hanya tinggal Minyak dalam Kuali kemudian toskan rempeyek dalam keadaan berdiriย 
  15. Ulangi dari langkah 11 sampai semua Adunan habis
  16. Sebelum disimpan tunggu Rempeyek sejuk dahulu
PRO TIP:
  • Nak tau Minyak panas atau belum, tes pake lidi Sate, kalau banyak buih tandanya dah panas
  • Boleh juga Sangrai Kacang sebelum dimasak bersama adonan Rempeyek dan Masukkan kacang sedikit demi sedikit bila ingin Kacang tetap Rangup setelah dimasak
  • Adunan jangan terlalu pekat karena Rempeyek akan menjadi keras dan jangan terlalu nipis karena akan menyerap banyak Minyak dan isi Rempeyek akan sukar menempel
  • Untuk Rempeyek yang dibuat dengan tujuan berniaga lebih baik kurangkan Santan agar tidak berbau hapak jika lama disimpan
  • Rempeyek yang terpisah dari tepi dan lepas ke dalam Minyak tidak perlu diterbalikkan semasa memasak supaya tidak menyerap Minyak yang banyak.
  • Gunakan Kuali anti melekit agar Rempeyek mudah terlepas dari tepian Kuali
  • Air kapur sirih untuk tambah warna dan jadikan Rempeyek rangup sebab minyak tak melekat sangat.
  • Jika anda ingin membuat Rempeyek berbentuk bulat, gunakan Kuali Acuan Kuih untuk mempercepatkan proses memasak. Caranya tuangkan sedikit Minyak di atas Kuali Acuan Kuih kemudian tuang Adunan, goreng separuh masak kemudian angkat dan goreng lagi bersamaan di Kuali
  • Boleh guna Serbuk Perasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Dapoer Cook, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: