Gambar Bihun Sup Utara

Resepi Bihun Sup Utara lengkap dengan Sambal Merah

Bihun berasal daripada dua perkataan iaitu “Bi” yang bermaksud nasi dan “hun” yang bermaksud tepung. Bahan mentah untuk Bihun itu sendiri diperbuat daripada Tepung Beras. Resepi Bihun Sup Utara yang dikongsikan disini tidak menggunakan Sup Bunjut tetapi menggunakan rempah ratus yang biasanya terdapat di dapur.

Bihun adalah bahan makanan yang serbaguna dan tahan lama, sehingga mudah dibawa dan diolah dalam berbagai hidangan misalnya digoreng atau dibuat Sup. Resepi Bihun Sup Utara ini juga tidak mengkongsikan cara membuat Bihun atau Bawang Goreng. Bihun Sup biasanya dimakan bersama Sambal Merah atau Sambal Kicap

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Lesung dan Alu
  • 3 Kuali
  • Spatula
  • Penapis
  • Parutan
BAHAN-BAHAN:
  1. 1 bungkus Bihun
  2. 1 kg Ayam (dada ayam dan paha ayam)
  3. 10 biji Bawang Kecil
  4. 9 ulas Bawang Putih
  5. 2 inci Halia
  6. 3 batang Serai
  7. 5 biji Buah Pelaga
  8. 2 kuntum Bunga Lawang
  9. 2 batang kulit Kayu Manis
  10. 1 sudu Serbuk Lada Hitam
  11. 3 batang Daun Sup
  12. 3 tangkai Daun Bawang
  13. 1 sudu Serbuk Kunyit
  14. Lobak Masin secukupnya
  15. Limau nipis secukupnya
  16. Bawang Goreng secukupnya
  17. 1 sudu Serbuk Bunga Cengkih / 10 tangkai Bunga Cengkih yang di tumbuk
  18. 1 kiub Pati Ayamย 
  19. 1 mangkuk Cili Kering yang sudah dikisar
  20. ยฝ keping Asam Keping
  21. 1 sudu Gula Merah
BAHAN OPSYENAL:
  • 2 sudu Serbuk Ciliย 
  • Garam secukup rasa
  • Penambah Perasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT BIHUN SUP:
  1. Potong Daun Bawang dan Daun Sup
  2. Hiris 5 biji Bawang Kecil, 4 ulas Bawang Putih dan Halia kemudian tumbuk Kasar menggunakan Lesung dan Alu dan ketuk Serai
  3. Masukkan Minyak Masak ke dalam Kuali, nyalakan api
  4. Setelah Minyak panas, tumis Bawang Kecil, Bawang Putih dan Halia kemudian kacau sampai berbau harum
  5. Masukkan Serai kemudian kacau sedikitย 
  6. Tambahkan Kayu Manis, Buah Pelaga dan Bunga Lawang dan kacau sampai rata
  7. Bila sudah naik bau, masukkan Air secukupnya (kira-kira 4-5 liter) dan kacaukan
  8. Masukkan Ayam dan batang Daun Sup ke dalam Kuali (gunakan batangnya saja)
  9. Tambahkan Serbuk Lada Hitam, Serbuk Bunga Cengkih gaul sampai rata kemudian tutup Kuali dan biarkan sampai mendidih
  10. Masukkan kiub Pati Ayam kemudian biarkan sampai Ayam masak
  11. Tutup Api dan masukkan Garam secukup rasa dan gaul sampai rata
  12. Keluarkan sebahagian Ayam kemudian kita sejukkan dahulu
  13. Masukkan Daun Sup dan Daun Bawang ke dalam Kuali kemudian kita tutup dan ketepikan dahulu
  14. Selanjutnya kita akan celur bihun, masukkan Air dan Bihun
  15. Masukkan Serbuk Kunyit dan panaskan sehingga Bihun lembut
  16. Angkat Bihun menggunakan Penapis
  17. Parut 5 ulas Bawang Putih dan 5 biji Bawang Kecil
  18. Panaskan Minyak kemudian tumis Bawang Kecil dan Bawang Putih sambil kacau hingga naik bau
  19. [Opsyenal] Masukkan Serbuk Cili kemudian Gaul sampai rata
  20. Masukkan Cili Kisar kemudian gaul sampai rata
  21. [Opsyenal] Tambahkan sedikit Air
  22. Tumis hingga mendidih kemudian masukkan Asam Keping masak hingga pecah minyak
  23. Tambahkan Gula Merah kemudian gaul sampai rata
  24. [Opsyenal] Bila Sambal sudah masak, tutup api kemudian tambahkan Garam secukup rasa dan gaul sampai rata
  25. Angkat dan hidangkan
  26. Langkah terakhir kita akan menyiapkan bahan-bahan untuk topping, kita mulai dengan memotong Lobak Masin yang sudah dicuci bersih
  27. Potong halus Daun Sup dan Daun Bawang secukupnya
  28. Potong Ayam yang sudah direbus tadi dan carik-carik sesuai ukuran yang dikehendaki
  29. Akhir sekali kita potong Limau Nipis dan hidangan bisa disiapkan, jangan lupa menambahkan Bawang Goreng
PRO TIP:
  • Kelebihan dari penyajian yang dipisah seperti ini adalah kuah tidak akan diserap oleh bihun yang bisa menjadikan bihun menjadi lebih gemuk dan kuah semakin sedikit, sedangkan Kelemahannya ialah bihun akan kering semula jika anda tidak memakannya dalam masa yang lama
  • Boleh juga menambahkan topping lain seperti Tauhu goreng, Fish Cake atau Fish Ball
  • Boleh guna Serbuk Perasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Kak Lis, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: