Gambar Sambal Kicap

Resepi Sambal Kicap dengan bahan rahasia ala Johor

Resepi Sambal Kicap ini akan menggabungkan kepedasan cili dengan kemanisan kicap supaya sesuai dijadikan sebagai pelengkap yang sempurna apabila dimakan bersama Bihun Sup, Soto, Pisang Goreng, Tauhu Bergedil dan pelbagai lagi makanan.

Walaupun terdapat banyak variasi sambal kicap di Malaysia, yang paling diingati ialah sambal kicap manis Johor. Dalam Resepi Sambal Kicap ini kami akan kongsikan beberapa rempah rahsia untuk membuat Sambal Kicap yang memberi pengalaman berbeza bagi yang mencuba, Jom kita tengok!

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
  • Mangkuk Kecil
BAHAN-BAHAN :
  • 25 biji Cili Padi
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 8 biji Bawang Merah
  • 1 sudu besar Gula Nisan / Nisan Kerek / Gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji Limau Katsuri
  • 1 cawan Kicap Manis
  • Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:

Gula secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SAMBAL KICAP:
  1. Panaskan Minyak dalam Kuali
  2. Masukkan Cili Padi ke dalam Kuali
  3. Potong dan Masukkan Bawang Putih
  4. Goreng hingga sedikit perang
  5. Angkat dan Toskan 
  6. Potong Bawang Merah dan Goreng
  7. Setelah Bawang Merah kering angkat dan toskan  kemudian Tutup api
  8. Masukkan Cili Padi dan Bawang Putih ke dalam Blender
  9. Masukkan 2 sudu besar Bawang Merah Goreng, Gula Nisan, dan Kicap Manis
  10. Hiris dan perah Limau Katsuri
  11. Terakhir masukkan 1 sudu Minyak Masak bekas menggoreng tadi
  12. Kisar semua bahan ini
  13. Angkat dan Sajikan dalam Mangkuk Kecil
PRO TIP:
  1. Belah dua atau patah-patahkan Cili Padi supaya tidak meletup ketika digoreng
  2. Petua lama org tua apabila memasak Sambal, batang Cili Api tidak perlu dibuang untuk mengelakkan sakit perut.
  3. Bawang Merah Goreng akan memberikan bagi kesan rasa manis dan memekatkan Sambal Kicap 
  4. Gula Nisan akan memberikan rasa lemak-lemak manis, Sambal kita akan lebih sedap berbanding Gula Pasir
  5. Minyak akan bertindak sebagai pengawet semulajadi dan Sambal kita akan tahan lama
  6. Anda boleh membuat sejumlah besar Kicap ini untuk jadi stok dan simpan di dalam peti sejuk sehingga jika anda ingin menggunakannya, ambil sahaja
  7. Untuk memastikan kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk ialah jangan sesekali masukkan air tetapi cukup tambahkan Kicap saja.
  8. Gunakan sudu kering semasa mengambil Sambal Kicap

Resipi inspirasi dari channel Malina Lina Pg, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

,

by

Tags: