gambar serunding ikan

Resepi Serunding Ikan yang lemak dan sedap

Kali ini kami akan kongsikan Resepi Serunding Ikan basah, setelah sebelum ini kami kongsikan Resepi Serunding Kelapa kering. Serunding Ikan atau yang dikenali sebagai Sambal Lingkung merupakan makanan khas Palembang, dalam perkembangannya makanan ini merebak ke Bangka Belitung, Singapura dan Malaysia.

Resepi Serunding Ikan ini akan menghasilkan serunding yang yang tidak berkuah tapi tidak jadi serbuk kering, rasanya akan lebih lemak dan sedap, berbeza dengan yang dijual secara berbungkus. Serunding ini juga tidak tahan lama seperti serunding kering kerana masih mempunyai kandungan air yang agak banyak dalam ikan. Mari kita mulakan!

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
BAHAN-BAHAN:
  • 10 ekor Ikan Selayang / Ikan Basung
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 2 inci Halia
  • 2 inci Lengkuas
  • 1 batang Serai
  • 2 keping Asam/ 3 sudu makan Air Asam Jawa pekat
  • 10 Cili Padi Merah
  • 8 biji Cili Padi Hijau 
  • 6 biji Cili Putih
  • ½ gelas Santan pekat
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • ½ gelas Air Rebusan Ikan 
  • 2 sudu Minyak Masak

BAHAN OPSYENAL:

  • Penambah Perasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SERUNDING IKAN:

  1. Cuci dan bersikan Ikan dari sisik dan bahagian dalam
  2. Rebus ikan bersama dengan daun limau purut, semasa air mula mendidih, tambahkan 2 sudu minyak masak
  3. Masak dalam 10-15 minit kemudian ambil 1/2 gelas Air Rebusan Ikan dan tos kan ikan, selebihnya buang
  4. Buang semua tulang dan kepala Ikan, ambil isinya sahaja
  5. Potong Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Lengkuas, Cili Padi merah, Asam Keping, dan Serai
  6. Masukkan ke dalam Blender untuk dikisar
  7. Tambahkan sedikit air
  8. Kisar semua bahan
  9. Panaskan Kuali dan Masukkan Minyak Masak
  10. Masukkan bahan-bahan yang telah kita kisar tadi dan kacaukan, tumis hingga kekuningan
  11. Kemudian masukkan Isi ikan yang kita dah rebus tadi sambil hancur-hancurkan semua isi
  12. Masukkan air rebusan ikan tadi dan hancur-hancurkan ikan guna penggoreng kita
  13. Tambahakan Serbuk Kunyit
  14. [Opsyenal] Tambahkan Gula, Garam dan Penambah Perasa secukup rasa 
  15. Kemudian, kita masukkan pula Santan pekat
  16. Teruskan kacau sehingga semuanya sebati dan kering air 
  17. Taburkan Cili Hijau yang tidak dipotong 
  18. Taburkan Cili Putih yang dipotong
  19. Teruskan kacau-kacau lagi sehingga kita dapat tekstur seperti hampas kelapa parut
  20. Toskan dan siap dihidangkan

PRO TIP:

  • Tambahkan Minyak agar isi Ikan kita tak kenyal semasa direbus
  • Bawang Merah dan Bawang Putih ini nak tambah atau kurangkan pun boleh
  • Jumlah Cili bergantung pada masing-masing nak pedas macamana
  • Boleh menggunakan Ikan lain contohnya Ikan Tenggiri, Tongkol, Cakalang dan lain-lain
  • Untuk jenis ikan lain boleh masuk kisar biar mudah hancur

Resipi inspirasi dari channel Blue Rosas Kitchen, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by