Gambar Serunding Kelapa

Resepi Serunding Kelapa yang ranggup dan sedap

Serunding Kelapa adalah hidangan serba boleh. Kebiasaannya Serunding Kelapa digunakan sebagai ulam atau mengiringi pelbagai hidangan masakan dari masakan lain seperti pulut, nasi ambeng atau sebagai pengisian popia. Resepi Serunding Kelapa yang kita bincangkan datang dari Malaysia.

Serunding Kelapa ada 2 jenis iaitu Serunding kering dan basah. Pada kesempatan ini, kita akan membincangkan Resepi Serunding Kelapa kering yang mana Serunding yang dihasilkan daripada resipi ini akan menjadi rangup dan sedap. Cara membuatnya juga agak mudah, tetapi dengan jangka masa yang panjang diharap anda dapat bersabar agar resepinya tidak gagal.

PERALATAN:
  • Blender
  • Kuali
  • Mangkuk
  • Pisau
  • Papan Pemotong
BAHAN-BAHAN : 
  • 2 Buah Bawang Besar
  • 2 Biji Bawang Putih
  • 30 gram Lengkuas
  • 30 gram halia
  • 2 Batang Serai
  • 3 sudu besar Udang Kering
  • 1 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 1 sudu Serbuk Jintan Manis
  • 1 sudu Serbuk Jintan Putih
  • 300 gram Kelapa Parut
  • ½ sudu Serbuk Kunyit
  • 2 Daun Limau Purut
  • 3 sudu Cili Kisar
  • 130 gram Gula Melaka
  • 1 sudu Asam Jawa
  • ¼ cawan Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:
  • Garam (Secukup Rasa)

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SERUNDING KELAPA:
  1. Potong Bawang Besar, Bawang Putih, Lengkuas, Halia dan Batang Serai
  2. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih, Lengkuas, Halia dan Batang Serai, Udang Kering, Serbuk Ketumbar, Jintan Manis, dan Jintan Putih ke dalam Blender
  3. Tambahkan sedikit air supaya blender tidak terlalu kuat.
  4. Kisar sampai halus
  5. Masukkan Serbuk Kunyit  ke dalam Kelapa Parut
  6. Gaul sampai rata
  7. Panaskan kuali
  8. Masukkan Kelapa Parut ke dalam kuali hangat
  9. Sangrai selama 3 – 5 Minit sehingga menjadi kering
  10. Pindahkan ke mangkuk dan ketepikan sebentar
  11. Panaskan Minyak
  12. Masukkan bahan Kisar
  13. Tumis hingga naik bau
  14. Masukkan Daun Limau Purut
  15. Masukkan Cilli Kisar
  16. Tumis hingga pecah minyak
  17. [Opsyenal] Masukkan Garam
  18. Masukkan Gula Melaka
  19. Masukkan Asam Jawa
  20. Masak hingga Gula Melaka larut
  21. Masukkan Asam Jawa
  22. Gaul rata selama 2 minit
  23. Masukkan kelapa Parut
  24. Gaul sentiasa dengan api kecil selama 20 – 30 minit sampai mengering
  25. Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik
PRO TIP:
  1. Gunakan kelapa yang muda sedikit supaya serunding tidak terlalu keras
  2. Gunakan Serbuk Kunyit untuk pewarna daripada pewarna makanan supaya lebih sihat

Resipi inspirasi dari channel FiveFootFive, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: