gambar Rendang Kerang

Resepi Rendang Kerang Sekejap yang Sedap

Rendang biasanya dimasak menggunakan Daging Lembu atau Daging Ayam tetapi bagi penggemar makanan laut, satu variasi yang boleh dimasak ialah Rendang Kerang. Resepi Rendang Kerang ini tidak menggunakan Minyak masak sebaliknya bergantung kepada minyak dari Santan

Rendang Kerang mudah disediakan dan tidak perlu masak dengan masa yang lama. Resepi Rendang Kerang ini juga ditambah kacang panjang untuk mengimbangi rasa Rendang Kerang yang enak dan pekat serta memberikan tekstur rangup yang berbeza dengan Rendang Kerang yang lembut dan basah.

PERALATAN:
  • Sendok
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
BAHAN-BAHAN:
  • 700g Kerang Kopek Sendiri
  • 500g Santan
  • 12 batang Kacang Panjang
  • 80g Kerisik
  • 5 helai Daun Kunyit 
  • 5 helai Daun Jeruk
  • 4 batang Serai
  • ½  inci Lengkuas
  • 60g Cili Kering
  • 3 biji Bawang Besar
  • 3 biji Bawang Putih
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • 2 buah Asam Keping 
  • Air Batu Sejuk

BAHAN OPSYENAL:

  • Garam secukup rasa
  • Penambah Perasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT RENDANG KERANG :
  1. Didihkan Air dan Rebus Kerang  dalam 2 minit, kemudian masukkan dalam Air Batu Sejuk
  2. Biarkan sekejap dalam 15 minit dan boleh kupas menggunakan Sendok
  3. Potong halus-halus Daun Kunyit, Daun Jeruk dan Serai
  4. Potong pendek-pendek Kacang Panjang
  5. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih dan Cili Kering ke dalam Blender kemudian kisar sampai halus
  6. Masukkan Kerang ke Dalam Kuali
  7. Masukkan Bahan Kisar
  8. Masukkan Serai, Daun Kunyit, Serbuk Kunyit, Asam Keping dan Lengkuas
  9. [Opsyenal]
    Masukkan Garam
    Masukkan Penambah Perasa
  10. Masukkan Kerisik dan Santan
  11. Tambahkan sedikit Air untuk mendapatkan tahap kelikatan yang dikehendaki
  12. Nyalakan Api kemudian kacau sampai sebati
  13. Setelah Rendang kelihatan masak, barulah kita Masukkan Kacang Panjang
  14. Kacaukan sebentar lalu angkat 
  15. Taburkan di atasnya dengan Daun Jeruk dan hidangkan

Tumiskan bahan yang telah dikisar dan serai yang diketuk. Tumis sehingga betul-betul naik minyak. Tumis kena lama ya dengan api yg perlahan

PRO TIP:
  1. Gunakan Kerang Segar dan besar atau anda juga boleh menggantikannya dengan Siput Mentarang
  2. Air Batu Sejuk berguna untuk mematikan proses masak supaya Kerangnya tak kecut , kekal fresh dan senang waktu dikopek karena tak melekat di kulit
  3. Anda juga boleh menggantikan kacang panjang dengan Kekacang 
  4. Sering kacau semasa memasak agar Santan tidak mengetul dan gunakan api sederhana kecil
  5. Setiap orang mempunyai tahap kepekatan Rendang yang berbeza, ada yang suka  Rendang kering, tetapi ada juga yang suka yang agak berkuah jadi memasaknya boleh mengikut tahap kekeringan yang diingini
  6. Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel RosAyu TV, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut

#Rendang Kerang #Resepi Rendang Kerang

Posted

in

by