gambar Rempeyek Udang

Resepi Rempeyek Udang yang rangup dan tahan lama

Nama Rempeyek berasal daripada perkataan Jawa iaitu “rempah” dan “jiyek” yang bermaksud makanan berbentuk “rata” dan “lebar” dengan tambahan rempah ratus. Jika selalunya Rempeyek ditabur Kacang atau Ikan Bilis, kali ini kita cuba buat Rempeyek tabur Udang. Resepi Rempeyek Udang ini juga menggunakan rempah ratus yang berbeza dari yang biasa digunakan di Malaysia.

Di Indonesia sangat jarang ditemui Rempeyek berbentuk bulat karena biasanya rakyat Indonesia membuat Rempeyek tanpa menggunakan Acuan Rempeyek sehingga proses memasaknya akan menjadi lebih cepat sebab tak perlu tunggu acuan panas baru boleh digunakan untuk menggoreng. Perbezaan lain ialah bila nak simpan dalam balang, Rempeyek Indonesia selalunya kena patah sikit baru muat. Resepi Rempeyek Udang ini akan menghasilkan 450-500g Rempeyek Udang.

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Alu dan Lesung
  • Mangkuk
  • Kuali
  • Spatula
  • Whisk
PERALATAN OPSYENAL:
  • Penapis
  • Acuan Rempeyek
  • Sudu
BAHAN-BAHAN:
  • 200g Tepung Beras
  • 50g Tepung Ubi Kayu
  • 10 helai Daun Jeruk
  • 30g Udang Geragau
  • 65ml Santanย 
  • 5 Bawang Putih
  • 10g butir Buah Kerasย 
  • 10g Halia Aromatik
  • 6 buah Cili Padi
  • 1 sudu Serbuk Ketumbar
  • ยฝ sudu Serbuk Kunyit
  • 1 buah Telur Ayam
  • 135ml Air
  • Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:
  • ยฝ sudu Air Kapur Makan
  • ยฝ sudu Serbuk Perasa
  • ยผ sudu Garam

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT REMPEYEK UDANG:
  1. Cuci Udang Rebon dengan Air mengalir, picit sikit, toโ€‹โ€‹skan
  2. Hiris nipis Daun Jeruk, buang tangkai keras di tengah Daun
  3. Campurkan Santan dengan Air, gaul sampai sebati
  4. Tumbuk Bawang Putih, Buah Keras dan Halia Aromatik sampai setengah halus
  5. Masukkan Serbuk Kunyit dan Serbuk Ketumbar
  6. [Opsyenal] Masukkan Serbuk Perasa, Tumbuk sampai halus
  7. Masukkan Cili Padi, tumbuk lagi sampai halus
  8. Masukkan Tepung Beras, Tepung Ubi Kayu, Bahan tumbuk dan Telur Ayam ke dalam Mangkuk
  9. [Opsyenal] Tuangkan Air Kapur Makan
  10. Tuangkan setengah Santan yang sudah dicampur Air, Kocak sampai sebati mengunakan Whisk,ย  jangan ada yang sampai berketul
  11. Tuangkan sisa Santan kemudian Kocak sampai rata
  12. Tapis Adunan menggunakan Penapis untuk mencegah Adunan yang berketul ikut dimasask
  13. Masukkan Udang Geragau dan hirisan Daun Jeruk ke dalam Adunan
  14. [Opsyenal] Masukkan Garam
  15. Gaul sampai sebati
  16. Panaskan Minyak, Gunakan Api sederhana semasa memasak
  17. Siram tepian Kuali dengan Minyak Panas agar Adunan tidak melekat pada Kuali
  18. Lalukan adunan Rempeyek nipis-nipis di tepi keliling Kuali,ย  isi tepi keliling Kuali hingga penuh tanpa Acuan Rempeyek menggunakan Spatula atau Suduย 
  19. Siram Adunan yang ada di tepi Kuali dengan Minyak sesekali, teruskan supaya Adunan cepat kering dan senang ditanggalkan, lepaskan Rempeyek ke dalam minyak
  20. Ketika Adunan sudah tidak berbuih tandanya Adunan sudah masak, Angkat semua Rempeyek sehingga hanya tinggal Minyak dalam Kuali kemudian toskan rempeyek dalam keadaan berdiriย 
  21. Ulangi dari langkah 17 sampai semua Adunan habis
  22. Sebelum disimpan tunggu Rempeyek sejuk dahulu
PRO TIP:
  • Nak tau Minyak panas atau belum, tes pake lidi Sate, kalau banyak buih tandanya dah panas
  • Adunan jangan terlalu pekat karena Rempeyek akan menjadi keras dan jangan terlalu nipis karena akan menyerap banyak Minyak dan isi Rempeyek akan sukar menempel
  • Untuk Rempeyek yang dibuat dengan tujuan berniaga lebih baik kurangkan Santan agar tidak berbau hapak jika lama disimpan
  • Rempeyek yang terpisah dari tepi dan lepas ke dalam Minyak tidak perlu diterbalikkan semasa memasak supaya tidak menyerap Minyak yang banyak.
  • Gunakan Kuali anti melekit agar Rempeyek mudah terlepas dari tepian Kuali
  • Air kapur sirih untuk tambah warna dan jadikan Rempeyek rangup sebab minyak tak melekat sangat.
  • Jika anda ingin membuat Rempeyek berbentuk bulat, gunakan Kuali Acuan Kuih untuk mempercepatkan proses memasak. Caranya tuangkan sedikit Minyak di atas Kuali Acuan Kuih kemudian tuang Adunan, goreng separuh masak kemudian angkat dan goreng lagi bersamaan di Kuali
  • Boleh guna Serbuk Perasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Dapur Kue Sabine, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by