Gambari Kari India

Resepi Kari Ayam asli India

Baca artikel ini menggunakan

Resepi kari ayam merangkumi perjalanan jauh dari India Selatan yang kaya dengan rempah ratus hingga menjadi hidangan yang popular di seluruh dunia terutama pada waktu hari raya. Kari, juga dikenali sebagai “curry” dalam bahasa Inggeris, mempunyai akar yang mendalam dalam budaya dan masakan India.

Dikatakan bahawa kari pertama kali diperkenalkan ke Asia Selatan oleh pedagang India yang belayar ke rantau Asia Tenggara pada abad ke-17. Sejak itu, kari telah menjadi sebahagian daripada masakan Asia, dengan setiap negara mempunyai versi dan variasi tersendiri.

Restoran India juga telah muncul di pelbagai bahagian dunia dengan Resepi kari ayam yang berbeza, menyajikan pelbagai jenis kari yang menyelerakan. Sila cuba kari ayam India ini yang kaya dengan rempah ratus dan perisa bersama keluarga dan rakan rakan anda!

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
BAHAN BAHAN:
  • 4 batang Kulit Kayu Manis. 
  • 4 kuntum Bunga Lawang. 
  • 4 biji Buah Pelaga
  • 2 sudu Serbuk Jintan Manis. 
  • 2 sudu Serbuk Ketumbar. 
  • 1 sudu Serbuk Cili. 
  • 3 sudu Serbuk Kari Ayam. 
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • 200 ml Santan. 
  • 1 inci Halia. 
  • 1 biji Tomato. 
  • 1 biji Bawang Besar. 
  • 3 biji Ubi Kentang. 
  • 3 helai Daun Pandan.
  • 3 tangkai Daun Kari. 
  • 4 biji Bawang Putih.
  • 1 ekor Ayam biasa / Ayam Pencen.
  • Minyak Masak.
BAHAN OPSYENAL:
  • 4 kuntum Cengkih
  • Garam (secukup rasa)

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA MASAK KARI AYAM:
  1. Masukkan kulit Kayu manis, Bunga lawang, dan Buah Pelaga ke dalam kuali
  2. [Opsyenal]Masukkan Cengkih
  3. Tumis sampai naik bau. 
  4. Matikan api lalu biarkan dingin.
  5. Potong Halia dan Bawang Putih selanjutnya masukkan ke blender.
  6. Masukkan Serbuk Cili.
  7. Masukkan Serbuk Ketumbar.
  8. Masukkan Serbuk Jintan Manis.
  9. Masukkan Serbuk Kunyit.
  10. Masukkan Serbuk Kari Ayam. 
  11. Masukkan Kayu Manis
  12. Masukkan Bunga lawang
  13. Masukkan Buah pelaga
  14. Tambahkan sedikit air supaya blender tidak terlalu kuat.
  15. Blender semua bahan.
  16. Panaskan minyak.
  17. Hiris nipis bawang merah.
  18. Potong daun pandan dan petik Daun Kari.
  19. Potong Tomato dan Ubi Kentang mengikut saiz yang anda mahukan.
  20. Masukkan Bawang Merah tumis sampai naik bau dan kering sikit.
  21. Masukkan Daun Pandan, Daun Kari, semua paste dari blender lalu kacaukan.
  22. Masukkan ayam lalu kacau sebati dengan bahan tumis. Biarkan selama 5 minit, tapi kalau pakai ayam pencen dalam 15 minit karena dagingnya lebih keras. 
  23. Tidak perlu tambah air kerana ayam itu sendiri akan mengeluarkan air. Kacau ayam supaya tidak hangus. 
  24. Setelah 5 minit bolehlah masukkan Tomato dan Ubi Kentang. Gaul sebati dan biarkan seketika untuk bagi Ubi Kentang cepat masak. 
  25. Kacau sebati dengan ayam dan masak sampai pecah minyak. 
  26. Bila sudah pecah minyak masukkan air separuh daripada ayam. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam sesedap rasa. 
  27. Masak lagi bagi ayam dan Ubi Kentang betul-betul masak. 
  28. Kemudian bolehlah masukkan santan dan masak sekejap. 
  29. Cucuk ubi kentang dengan garfu untuk pastikan ubi masak. 
  30. Cucuk ayam juga untuk pastikan ayam masak
  31. Akhir sekali rasa Kari Ayam kita
  32. Sudah siap bolehlah dihidangkan bersama-sama Nasi putih, Roti jala atau Roti canai
PRO TIP:
  1. Pecahkan sedikit buah pelaga dan kayu manis sebelum di blender supaya blender tidak terlalu kuat.
  2. Buang tulang ayam supaya lebih selesa dimakan
  3. Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Aroma Tumis, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: