Gambar Serunding Halia

Resepi Serunding Halia yang Rangup dan tidak Berminyak

Serunding Halia merupakan salah satu dari makanan untuk orang yang sedang berpantang dan bermanfaat bagi orang yang baru melahirkan. Resepi Serunding Halia ini sangat mudah dan jika diikuti dengan betul akan menghasilkan Serunding Halia yang Rangup dan tidak Berminyak.

Serunding Halia cocok dimakan dengan Nasi panas, Bubur Nasi, Misua dan baik untuk kesihatan kerana ia boleh membantu untuk mengeluarkan angin. Resepi Serunding Halia ini tidak menambahkan Lada ataupun Cili, namun apabila dirasa kurang pedas boleh saja menambahkan sendiri secukupnya.

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Kuali
  • Spatula
  • Blender
  • Pemarut
  • Penapis
  • 2 Mangkuk
  • Tuala Kertas
  • Bekas Kedap Udara
PERALATAN OPSYENAL:
  • Lesung dan Alu
BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg Halia
  • 200g Ikan Bilis
  • 5 batang Serai
  • 5 labu Bawang Putih
BAHAN OPSYENAL:
  • Sedikit Garam
  • Cili secukupnya atau Sedikit Lada
  • Serbuk Perasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SERUNDING HALIA:
  1. Kupas Halia dan Bawang Putih
  2. Ketuk sedikit Bawang Putih agar mudah mengupas kulitnya kemudian hiris nipis Bawang Putih dan Serai
  3. Parut Halia menggunakan Pemarut atau hancurkan Halia menggunakan Lesung dan Alu
  4. Perah Air Halia kemudian simpan Airnya, karena kalau terlalu banyak Air di dalam Halia menyebabkan Halia lebih susah rangup dan meletup semasa dimasak
  5. Goreng Serai dan Bawang Putih hingga keperangan 
  6. Goreng Halia menggunakan Api sederhana sampai garing
  7. Letakkan Tuala Kertas di atas kedua Mangkuk
  8. Angkat Halia menggunakan Penapis dan letakkan diatas Mangkuk, biarkan sampai sejuk dan Minyak keluar
  9. Goreng Ikan Bilis sampai Rangup, angkat dengan Penapis dan letakkan di dalam Mangkuk lainnya
  10. Tutup Api dan Simpan Minyak bekas goreng untuk dipakai pada hidangan lain
  11. Tunggu sampai sejuk dan Minyak keluar kemudian kisar kasar menggunakan Blender
  12. Angkat Tuala Kertas dari Mangkuk Ikan Bilis dan masukkan kembali Ikan Bilis ke dalam Mangkuk
  13. [Opsyenal]
    Tambahkan sedikit garam, Lada, dan Serbuk Perasa kemudian gaul sampai rata
  14. Masukkan Bawang Putih, Serai dan Halia kemudian gaul hingga sebati
  15. Letakkan Tuala Kertas di dalam dalam Bekas Kedap Udara
  16. Masukkan Serunding Halia ke dalam Bekas Kedap Udara agar tidak masuk angin
PRO TIP:
  • Masa yang diperlukan untuk masak Halia, Bawang Putih  dan Ikan Bilis berbeza sehingga kita perlu memasaknya secara terpisah
  • Jika merasa Halia terlalu pedas, boleh gunakan Halia Gajah karena rasanya lebih manis
  • Boleh juga mengupas Halia menggunakan Sendok kalau merasa lebih selesa

Resipi inspirasi dari channel AIR tangan MAK, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: