sambal belacan

Resepi Sambal Belacan yang sedap, simple dan tahan lama

Siapa tak kenal sambal belacan ? Sos cili ni sedap dimakan dengan apa saja, mulai dari ayam, ikan, telur mata, timun, walaupun hanya dengan nasi putih. Sambal Belacan bukan sahaja merupakan perasa yang lazat yang bagus untuk menambah kepedasan dan rasa pada pelbagai hidangan tetapi juga merupakan bahagian penting dalam budaya dan mesti ada di dapur setiap pencinta makanan Asia Tenggara. Resepi Sambal Belacan sering diturunkan melalui generasi dalam keluarga. Nak tahu resepi sambal belacan yang sedap dan simple? tengok resepinya

Peralatan:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender / Lesung dan Alu
  • Kuali
  • [Opsyenal] Penapis dan Mangkuk
Bahan – bahan:
  • 100 gr Bawang merah
  • 7 ulas Bawang putih
  • 100 gr gabungan Cili padi hijau dan merah
  • 400 gr Tomato
  • 1 inch Belacan dipotong 2
  • Minyak masak
Bahan Opsyenal:
  • 5 tangkai Cili besar
  • 5 biji Limau kasturi / 2 Limau nipis
  • 1 sudu gula (secukup rasa)
  • ½ sudu garam (secukup rasa)
  • Penyedap Rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

Cara buat Sambal Belacan:
  1. Sebelum bermula, basuh dahulu semua bahan
  2. Hiris tipis Bawang merah
  3. Hiris tipis Bawang putih
  4. Potong dadu tomato
  5. Patahkan cili besar dan cili kecil
  6. Panaskan minyak
  7. Goreng Bawang merah dan putih sehingga hampir kering, jangan lupa kacau supaya tidak hangus.
  8. Goreng tomato sambil diperah untuk mengurangkan kandungan air
  9. Masukkan semua Cili ke dalam kuali
  10. Masukkan Belacan ke dalam kuali
  11. Goreng hingga layu
  12. Bila dah siap tutup api dan toskan
  13. Biarkan ia sejuk
  14. Masukkan ke dalam Blender atau lesung
  15. Masukkan Bawang merah dan putih
  16. [Opsyenal]
    Potong Limau, pastikan tiada biji Limau, elakkan rasa pahit
    Perah limau pada penapis
    Potong tipis kulit Limau Kasturi, masukkan ke blender
    Tambahkan jus Limau ke blender
    Tambahkan garam (secukup rasa)
    Tambahkan gula (secukup rasa)
    Tambahkan Penyedap Rasa
  17. Blender dengan tahap kehalusan mengikut citarasa, boleh juga tumbuk semua bahan
  18. Angkat dan Hidangkan.
Pro Tip
  • Pilih Tomato yang berwarna merah tetapi masih segar supaya tidak rasa masam
  • Potong Cili supaya tidak meletup apabila digoreng
  • Bakar belacan sebelum digoreng supaya aromanya lebih menyengat
  • Potong melintang kulit limau untuk mudah keluarkan biji
  • Golek limau nipis untuk lebih mudah keluarkan jus
  • Guna minyak masak terpakai untuk ayam/daging/ikan supaya lebih sedap
  • Potong, jangan cabut tangkai cili sebab tangkai cili layu dan susah nak cabut
  • Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya
  • Ia mengambil masa yang lama untuk memasak dengan api perlahan, jadi kandungan air boleh serendah mungkin.
  • Sambal tahan lama mesti meminimumkan kandungan air dengan menggoreng atau menumis dalam minyak
  • Kalau nak diawet, tunggu sejuk dulu baru dibagi kecik kecik supaya tak keluar masuk peti sejuk dan tutup rapat bila sos cili betul betul sejuk.
  • Sos yang masuk peti sejuk beku tahan 3 bulan

Resipi inspirasi dari channel Masak Enak Yuk, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: