Kari Ikan

Resepi Kari Ikan yang Padu dan Simple tetapi Sedap

Kari adalah salah satu hidangan kuliner yang paling populer di berbagai belahan dunia, terutama di wilayah Asia Tenggara dan India. Selain Kari Ayam, hidangan Kari yang banyak diminati adalah Kari Ikan. Resepi kari ikan sangat fleksibel sehingga boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis ikan dan sayuran tambahan.

Kari Ikan biasanya dinikmati bersama dengan Sambal Belacan dan Nasi hangat. Resepi Kari Ikan ini tidak menggunakan Halba campur dan hanya sedikit Asam Jawa supaya kuah karinya tidak akan terasa terlalu masam. 

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Alu dan Lesung
  • Mangkuk
  • Kuali
  • Spatula
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor Ikan Cermin
  • 6 biji Bawang Merah
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu kecil Ketumbar
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 2 biji Tomato
  • 7 tangkai Cili Padi hijau
  • 3 sudu Serbuk Kari Ikan
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 400ml Santan segar
  • 1 keping Asam Jawa
  • 2 tangkai Daun Kari
  • Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:
  • Penambah Perasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA MASAK KARI IKAN:
  1. Hiris Bawang Merah dan Bawang Putih
  2. Tumbuk Ketumbar menggunakan Alu dan Lesung
  3. Panaskan Minyak Masak di dalam Kuali
  4. Tumis sekejap Bawang Merah, Bawang Putih hingga naik bau atau keperangan menggunakan api sederhana
  5. Masukkan Ketumbar yang sudah ditumbuk dan Cili Padi, tumis sekejap bagi kita naik bau
  6. Kalau sudah naik bau, masukkan Serbuk Kari Ikan kemudian kacau sekejap dan tambahkan sedikit Air untuk elakkan rempah kita cepat hangus
  7. Masukkan Serbuk Kunyit kemudian kacau sampai pecah minyak
  8. Masukkan Santan kemudian kacau rata
  9. Masukkan Daun Kari, Ubi Kentang dan Asam Jawa kemudian kacau sedikit dan biarkan kuah mendidih
  10. [Opsyenal]
    Tambahkan Garam secukup rasa
    Tambahkan Gula secukup rasa
    Tambahkan Penambah Perasa
  11. Setelah Ubi Kentang sudah lembut masukkan Tomato dan Ikan Cermin kemudian kacau sebentar
  12. [Opsyenal]
    Tambah air untuk mendapatkan kepekatan kuah yang diingini
  13. Masak sampai Ikan Cermin betul betul lembut
  14. Angkat dan hidangkan
PRO TIP:
  1. Boleh guna ikan lain seperti, Tongkol, Ikan kembung, ikan Tenggiri atau Siakap
  2. Boleh menambahkan sayur seperti Bendi, Buncis atau Kacang Panjang
  3. Anda boleh menggunakan perasa tetapi lebih sihat jika anda tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari chedinKITCHEN Channel ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: