Gambar Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit yang lembut dan tak liat

Masalah biasa dengan Sotong ialah ia boleh menjadi liat jika kandungan airnya rendah, manakala kandungan air yang tinggi menyebabkan ia meletup semasa proses memasak. Resepi Sotong Goreng Kunyit ini akan menggunakan teknik Wet Brine untuk melembutkan sotong supaya masak dengan sempurna.

Teknik Wet Brine dilakukan dengan merendam sotong dalam larutan air garam yang diukur dengan teliti, di mana keseimbangan air, garam dan dan unsur penambah rasa lain yang tidak wajib berfungsi secara harmoni untuk melembutkan dan masukkan rasa gurih ke dalam sotong. Berminat untuk tahu cara memasak Sotong Goreng Kunyit dengan teknik Wet brine ? Mari cuba resipinya yang mampu menghadirkan kelembutan hidangan Sotong Goreng Kunyit yang sempurna dan menggoda selera.

Perlu komoditi dari Indonesia?

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Mangkuk
  • Kuali
BAHAN-BAHAN : 
  • 500g Sotong
  • 2L Air Sejuk
  • 700gr Bawang Holland
  • 6 biji cili padi 
  • 2 Sudu Serbuk Kunyit
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada Putih
BAHAN OPSYENAL:
  • 1 sudu kecil Sos Sotong Thai / 1 sudu kecil Sos Ikan biasa / Kecap Cair

Gula secukup rasa

CARA MASAK SOTONG GORENG KUNYIT :
  1. Tambahkan 2 Sudu besar Garam ke dalam Air dan kacau
  2. Pastikan Garam larut betul – betul di dalam air
  3. Rendam Sotong di dalam larutan air Garam 8 – 10 minit
  4. Hiris kasar Bawang Holland, Cili Padi
  5. Buang air garam dan bilas Sotong dengan air biasa 
  6. Rendam 3 minit
  7. Toskan dan ketepikan
  8. Potong Sotong kira – kira 1,5cm dan ketepikan
  9. Panaskan Minyak dan tumiskan Bawang Holland
  10. Bila Bawang sudah berwarna kuning, tambahkan Serbuk Kunyit
  11. Berhenti memasak ketika bawang sudah garing dan berwarna kuning keemasan lalu ketepikan dahulu
  12. Panaskan kuali sehingga betul – betul panas berasap dengan tambahkan sedikit Minyak Masukkan Sotong ke dalam kuali
  13. Panaskan kembali bahan tumisan
  14. Tambahkan CIli padi
  15. Gaulkan merata
  16. Masukkan Sotong dan ratakan
  17. [Opsyenal] 
    Masukkan Sos Sotong Thai / Sos Ikan biasa / Kecap Cair
    Tambahkan Garam dan Gula secukup rasa
  18. Masukkan Serbuk Lada Putih
  19. Kacau rata dan hidangkan

PRO TIP:

  1. Ketika menumis, Pastikan api tidak terlalu besar atau Bawang akan hangus
  2. Ketika memasak Sotong pertama kali, gunakan api yang  kuat supaya cuma permukaan luar Sotong sahaja yang garing
  3. Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat.
  4. Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Nasser’s Kitchen, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: