gambar nasi ayam goreng kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit sedap tak terkira

Baca artikel ini menggunakan

Ayam Goreng Kunyit merupakan hidangan ringkas sebagai menu tengah hari yang popular di kalangan ramai rakyat Malaysia, hidangan ringkas ini mudah didapati. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak cerewet dan sentiasa ada di dapur awak. Resepi Ayam Goreng Kunyit ini membuat ayam yang rangup di luar dan lembut di dalam. Teringin nak cuba buat hidangan ini? Ketahui Resepi Ayam Goreng Kunyit yang rangup dengan sempurna untuk dihidangkan sepinggan nasi lengkap dengan Telur Mata Mata sekarang.

Peralatan:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Mangkuk
  • Kuali
Bahan – bahan:
  • 500 gram Daging Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk kunyit
  • 1 sudu Serbuk cili
  • 3 sudu Tepung jagung
  • ½ batang Lobak Merah  
  • 1 ikat Kacang panjang
  • 1 biji Bawang besar Holland 
  • Minyak Masak 
  • Nasi putih
  • 1 biji Telur Ayam
  • Sambal belacan
  • Kicap
Bahan Opsyenal:
  • 1-2 tangkai Cili Merah
  • 1 sudu besar Serbuk Kari / ¼ sudu Halia
  • 1 sudu Tepung Beras 
  • 3 tangkai Kacang Buncis
  • 1 tangkai Kobis Bunga / Brokoli
  • Garam (secukup rasa)

Perlu komoditi dari Indonesia?

Cara masak ayam goreng kunyit:
  1. Cuci semua bahan
  2. Hiris tipis daging ayam, lalu masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk
  3. Tambahkan Serbuk Kunyit, Serbuk Cili, Tepung Jagung,
  4. [Opsyenal]Masukkan Tepung Beras

    Masukkan Serbuk Kari / halia

    Tambahkan Garam

  5. Perapkan daging ayam sampai sebati, biarkan rempah ratus meresap selama 15 – 20 minit sambil menyediakan bahan – bahan yang lain.
  6. Kupas Lobak Merah kemudian Potong memanjang
  7. Potong Kacang Panjang
  8. Hiris panjang Bawang Holland
  9. [Opsyenal]Potong Cili Merah

    Potong Kacang Buncis

    Potong Kobis Bunga / Brokoli

  10. Panaskan minyak, tumiskan ayam yang telah diperap sampai warna coklat.
  11. Masukkan Lobak Merah.
  12. Ketika Lobak Merah sudah empuk sikit, Masukkan Kacang Panjang dan Bawang Holland
  13. [Opsyenal]Masukkan Cili Merah

    Masukkan Kobis Bunga / Brokoli

    Masukkan Kacang Buncis

  14. Tumis semua bahan sekejap saja, jangan biarkan bawang terlalu layu
  15. Toskan semua.
  16. Sisakan sedikit minyak untuk memasak telur mata
  17. Pecahkan telur kemudian Masak Telur Mata, laraskan tahap kematangan mengikut citarasa
  18. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  19. Hidangkan nasi putih
  20. Tambahkan Ayam Goreng Kunyit
  21. Tambahkan Telur Mata
  22. Tuang Sambal Belacan di samping piring dan Kicap di atas ayam, nasi dan telur
Pro Tip:
  1. Gunakan Sarung Tangan supaya kuku tidak menjadi kuning terkena Serbuk Kunyit selepas memerap ayam
  2. Masukkan ayam satu per satu ke dalam minyak panas supaya tidak melekat dan garing elok.
  3. Untuk mengurangkan kalori gunakan lebih sedikit minyak dan potong ayam dengan hirisan lebih tebal (kurang luas permukaan untuk penyerapan minyak)
  4. Gunakan ayam bagian dada agar lemak berkurang
  5. Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Rezeki Dapur Kita, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags:

This page is protected by copyright