Gambar Serunding Ayam

Resepi Serunding Ayam yang Halus dan Ringan

Selain Serunding Kelapa, salah satu jenis Serunding yang sering ditemui ialah Serunding Ayam. Resepi Serunding Ayam ini menghasilkan Serunding Ayam yang tahan lama, halus dan ringan karena akan ditumbuk beberapa kali.

Serunding Ayam sesuai untuk dijadikan snek, atau dimakan bersama Bubur Lambuk, Lemang ataupun sebagai topping Topping Roti. Resepi Serunding Ayam sebenarnya juga mudah dibuat, tetapi mengambil sedikit masa.

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
  • Lesung dan Alu
BAHAN-BAHAN:
  • โ€‹โ€‹2 keping Isi Dada Ayam (500gm)
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 3 biji Bawang Merah
  • 1 batang Serai
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas muda
  • 1 sudu Santan pekat
  • 1 ยฝ sudu Serbuk Cili
  • 1 sudu Serbuk Ketumbar
  • ยฝ sudu Serbuk Kunyitย 
  • 1 sudu Serbuk Rempah Rendangย 
  • Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:
  • Penambah Perasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SERUNDING AYAM:
  1. Isi Dada Ayam dibersihkan kemudian direbus bersama sedikit Air, Bawang Putih dan sedikit Garam
  2. Bla sudah masak, keluarkan dan sejukkan
  3. Tumbuk isi Ayam hingga hancur, lakukan hingga selesai
  4. Tumbuk halus Bawang Putih, Bawang Merah, Halia, Serai dan Lengkuas
  5. Panaskan Kuali kemudian tuang sedikit Minyak
  6. Masukkan Bawang Putih, Bawang Merah, Halia, Serai dan Lengkuas yang sudah ditumbuk ke dalam Kuali, Tumis hingga berbau wangi
  7. Bila mulai kering masukkan Serbuk Cili, Serbuk Ketumbar, Serbuk Kunyit dan Serbuk Rempah Rendang
  8. Gaul sebati kemudian masukkan sedikit Air
  9. Tuangkan Santan kemudian tambahkan sedikit Air dan gaul sampai sebati
  10. Masukkan isi Ayam yang sudah ditumbuk kemudian gaul sebati
  11. [Opsyenal]
    Tambahkan Garam secukup rasa
    Tambahkan Gula secukup rasa
    Tambahkan Penambah Perasa
  12. Senantiasa kacau agar masak merata hingga Serunding kering
  13. Setelah Serunding kering angkat
  14. Tumbuk Serunding sehingga lebih halus kemudian masak serunding untuk kali kedua, masak hingga betul-betul kering
  15. Selepas itu timbuk lagi Serunding untuk kali kedua supaya Serunding menjadi halus dan ringan
PRO TIP:
  • Simpan Serunding Ayam dalam Balang kedap udara dan tempatkan di tempat yang sejuk dan kering untuk menjaga Serunding tetap segar dan lezat
  • Pastikan Serunding sejuk sebelum disimpan untuk menjadikan Serunding tahan lebih lama
  • Boleh guna Serbuk Perasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Mila Asip, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by