gambar serunding daging

Resepi Serunding Daging yang lazat dan tahan lama

Serunding Daging merupakan hidangan yang berasal dari Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia (Abon Daging) dan Singapura (Beef Floss). Proses memasak yang dikongsikan dalam Resepi Serunding Daging ini mengambil masa yang lama tetapi berbaloi untuk menghasilkan Serunding kering yang lazat dan tahan lama.

Resepi Serunding Daging ini dibuat tanpa campuran kelapa parut tetapi masih menggunakan kerisik dan santan. Membuat Serundeng Daging sendiri di rumah selalunya lebih menjimatkan daripada membelinya di kedai, dan anda juga boleh menyesuaikan rasa mengikut citarasa anda sendiri

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
  • Pressure Cooker
BAHAN-BAHAN:
  • 1kg Daging Lembu
  • 1 biji Bawang Holland
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 inci Halia
  • 2 Batang Serai
  • 200ml Santan
  • 1 sudu Serbuk Ketumbar
  • ยฝ sudu Serbuk Jintan Manis
  • ยฝ sudu Serbuk Kunyit
  • 10 tangkai Cili Merah Kering
  • 4 biji Bawang Putih
  • ยฝ cawan Kerisik
  • 1 cawan Gula Merah
  • 7 helai Daun Limau Purut
  • Minyak Masak

BAHAN OPSYENAL:

  • 2 sudu air Asam Jawa
  • Penambah Perasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SERUNDING DAGING:
  1. Tumis Serbuk Ketumbar dan Serbuk Jintan Manis di atas Kuali tanpa Minyak sampai naik bau kemudian sejukkan
  2. Potong Cili Merah Kering, keluarkan bijinya lalu rendam dalam air
  3. Potong 1 Serai dan Daun Limau Purut
  4. Isi air ke dalam Pressure Cooker
  5. Masukkan Daging Lembu kemudian tutup Pressure Cooker
  6. Nyalakan Kompor dan masak selama 30 minit
  7. Potong Daging dengan ukuran 1 inciย 
  8. Sejukkan Daging kemudian carik-carik halus Daging
  9. Masukkan Cili Merah, Bawang Holland, Bawang Putih, dan Serbuk Kunyit, Serbuk Ketumbar, Serbuk Jintan Manis, Lengkuas, Halia ke dalam Blender
  10. Potong 1 batang Serai dan masukkan ke dalam Blender lalu kisar sampai halus
  11. Panaskan Minyak Masak di dalam Kuali
  12. Masukkan bahan kisar ke dalam Kuali
  13. Sambil kacaukan, masak sampai terbit minyak sampai betul-betul garing dan masak
  14. Masukkan Kerisik ke dalam Kuali dan gaul sampai sebati dalam 2-3 minit
  15. Masukkan Air ยฝ cawan lalu kacaukan
  16. Masukkan Gula Merah
  17. Ketuk 1 batang Serai kemudian masukkan ke dalam Kuali
  18. [Opsyenal] Masukkan air Asam Jawa
  19. Masukkan Santan kemudian gaul sampai rata
  20. Masukkan Daun Limau Purut dan kacau
  21. Masukkan Daging Lembu ke dalam Kuali kemudian gaul sebati
  22. [Opsyenal]
    Masukkan Garam secukup rasa
    Masukkan Penambah Perasa
  23. Tutup Kuali kemudian masak dengan api kecil sampai kering lebih kurang 40 minit sampai 1 jam
  24. Setelah kuah kering, Angkat dan Sejukkan
PRO TIP:
  1. Untuk membuat Serunding saiz panjang, potong daging mengikuti serat, manakala untuk kepingan pendek, potong daging melawan serat.
  2. Air asam jawa membantu membuat Serunding tahan lama
  3. Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Portujava Channel, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by