gambar Sambal Tempoyak

Resepi Sambal Tempoyak: Sambal aromatik untuk penggemar Durian

Sambal Tempoyak merupakan makanan khas masyarakat Terengganu yang merupakan suku asli Melayu. Sambal Tempoyak boleh didapati di Malaysia dan Indonesia bahagian Barat. Terdapat pelbagai jenis Resepi Sambal Tempoyak, biasanya sangat mudah dibuat walaupun hanya ada Tempoyak dan Cili. 

Resepi Sambal Tempoyak ini menggunakan Daun Kesum, Daun Kaduk, dan Daun Kunyit yang menambah aroma untuk semakin meningkatkan selera makan. Tahap keasidan dari Sambal bergantung kepada masa Tempoyak dibuat sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk beku

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 cawan Ikan Bilis 
  • 20 biji Cili Padi 
  • 1 inci Kunyit hidup 
  • 1 cawan Tempoyak 
  • 4 tangkai Daun Kesum
  • 3 helai Daun Kaduk
  • 1 helai Daun Kunyit 
  • 4 papan Petai 
  • Minyak Masak
BAHAN OPSYENAL:
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Penambah Perasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SAMBAL TEMPOYAK:
  1. Potong Petai
  2. Cuci semua bahan kemudian potong bulat Bawang Besar dan hiris nipis Bawang Putih
  3. Hiris halus Daun Kesum, Daun Kaduk, dan Daun Kunyit 
  4. Potong Cili Padi dan Kunyit hidup kemudian kisar menggunakan Blender
  5. Panaskan Minyak kemudian goreng Ikan Bilis tapi jangan sampai garing
  6. Masukkan Bawang Besar dan Bawang Putih ke dalam Kuali kemudian kacaukan
  7. Tumis hingga Bawang layu
  8. Masukkan Kunyit hidup dan Cili Padi yang sudah dikisar ke dalam Kuali, kacaukan dan tumis sebentar
  9. Masukkan Tempoyak kemudian kacau rata
  10. Masukkan Petai dan hirisan Daun Kesum, Daun Kaduk, dan Daun Kunyit 
  11.  Ke dalam Kuali
  12. [Opsyenal]
    Masukkan Gula
    Masukkan Garam
    Masukkan Penambah Perasa
  13. Masak hingga naik Minyak dan Petai kita lembut
  14. Angkat dan hidangkan
PRO TIP:
  1. Kalau tak suka rasa masam, gunakan Tempoyak yang manis biasanya yang dibuat 1 sampai 2 hari sebelum masuk peti sejuk beku
  2. Kena kacau selalu sebab mudah hangus dan berketul terutamanya kalau guna Kuali biasa, bukan anti melekit
  3. Boleh mengganti Ikan Bilis dengan Budu atau Udang Kering
  4. Anda boleh menggunakan perasa tetapi lebih sihat jika anda tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Mak Intan’s Garden, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: