Tempoyak Patin

Resepi Patin Tempoyak Bunga Kesum yang Wangi dan Sedap

Ketika kita ingin makan Tempoyak, Patin Tempoyak adalah jenis sajian masakan yang paling lazat dibuat kerana ia menggunakan Tempoyak sebagai bahan utama. Resepi Patin Tempoyak ini menambahkan tambahan Daun Kesum dan Bunga Kantan untuk menambah wangian yang sesuai dengan Durian

Patin Tempoyak adalah hidangan khas yang sangat populer di Malaysia dan beberapa bahagian Indonesia terutama di wilayah Sumatera. Resepi Patin Tempoyak termasuk mudah dan cepat untuk dibuat, tetapi kebanyakannya hanya dibuat apabila musim menuai Durian tiba.

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
BAHAN-BAHAN:
  • 4 ekor ikan patin
  • 4 sudu Tempoyak
  • 1 ½ sudu kecil garam 
  • 1 sudu Serbuk Kunyit 
  • 1 sudu Tepung Gandum
  • 15 tangkai Cili Padi
  • 6 ketul Kunyit hidup
  • 6 keping Asam Keping
  • 1 batang Bunga Kantan 
  • 26 lembar Daun Kesum
BAHAN OPSYENAL:
  • 1 sudu kecil Serbuk Perasa
  • Gula secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA MASAK IKAN PATIN TEMPOYAK :
  1. Bersihkan Ikan Patin, potong mengikut saiz yang dikehendaki kemudian gaul dengan Serbuk Kunyit, Tepung Gandum dan ½ sudu Garam
  2. Potong Bunga Kantan menjadi empat bahagian
  3. Masukkan Cili Padi, Kunyit hidup dan Tempoyak ke dalam Blender, masukkan sedikit Air kemudian kisar sampai halus
  4. Tuang bahan kisar ke dalam Kuali
  5. Masukkan Asam Keping ke dalam Kuali
  6. Buka Api sambil kacau, masak hingga mendidih
  7. Masukkan Ikan Patin Patin dan tunggu mendidih
  8. Masukkan Daun Kesum dan Bunga Kantan 
  9. Masukkan 1 sudu Garam 
  10. [Opsyenal] Masukkan 1 sudu Serbuk Perasa
  11. Kacau sedikit sampai merata
PRO TIP:
  • Ikan Patin mudah hancur karena dagingnya lembut sehingga kacau pelan-pelan dan sedikit sahaja
  • Gunakan Sarung Tangan supaya kuku tidak menjadi kuning terkena Serbuk Kunyit selepas memerap Ikan
  • Kalau tak suka rasa masam, gunakan Tempoyak yang manis biasanya yang dibuat 1 sampai 2 hari sebelum masuk peti sejuk beku
  • Tambahkan Timun, Kentang, Zucchini ataupun Kacang Buncis bila suka
  • Boleh guna Serbuk Perasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Moktih Channel, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: