Gambar Pucuk Paku Masak Lemak

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Udang

Pucuk Paku adalah satu daripada jenis tumbuhan liar yang boleh dijadikan lauk. Selain enak dimasak tumis, Pucuk Paku juga sedap jika dimasak lemak. Kali ini kami nak kongsi Resepi Pucuk Paku Masak Lemak yang tidak menggunakan Asam maupun Minyak Masak.

Pucuk Paku masak lemak merupakan salah satu sajian kampung yang lazat dan mudah disediakan. Resepi Pucuk Paku Masak Lemak ini bolehlah dimakan bersama sama 4 sampai 5 orang

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Alu dan Lesung
  • Mangkuk
  • Kuali
  • Spatula
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ikat Pucuk Paku
  • 10 ekor Udang
  • 2 biji Bawang Besar
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 helai Daun Kunyit
  • 2 batang Serai
  • ½ sudu Serbuk Kunyit
  • 100ml Santan
  • 10 tangkai Cili Padi

BAHAN OPSYENAL:

  • 1 sudu Pati Cendawan
  • 1 sudu kecil Gula
  • ½ sudu kecil Garam

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT PUCUK PAKU MASAK LEMAK:
  1. Patahkan Pucuk Paku, kemudian ambil bahagian batang yang lembut dan daun sahaja, bahagian yang keras boleh diketepikan
  2. Setelah dipotong bolehlah dicuci kemudian ditoskan
  3. Hiris nipis Daun Kunyit
  4. Bersihkan udang menggunakan air dan potong bahagian yang tidak diingini
  5. Masukkan Bawang Besar, Bawang Putih ke dalam Blender, tuangkan sedikit Air kemudian kisar sampai lumat
  6. Panaskan Kuali kemudian bolehlah masukkan bahan yang dikisar tadi
  7. Tumis hingga menyusut Airnya
  8. Masukkan Serai yang sudah diketuk kemudian kacaukan
  9. [Opsyenal]
    Masukkan Garam
    Masukkan Gula
    Masukkan Pati Cendawan
  10. Masukkan Serbuk Kunyit dan tumis hingga naik bau dan sebati, kemudian tambahkan sedikit Air untuk kuah lemaknya
  11. Kacau hingga kuah mendidih
  12. Masukkan Santan kemudian kacau hingga sebati kemudian masukkan Udang
  13. Masukkan Cili Padi yang sudah dibelah di tengah tengahnya
  14. Kacau kacau hingga kuahnya hingga mendidih
  15. Kecilkan Apinya kemudian masukkan Pucuk Paku dan kacau sampai Pucuk Paku agak layu
  16. Taburkan Daun Kunyit di atasnya
  17. Cuba rasa kuahnya, kalau sudah pas, angkat dan Hidangkan
PRO TIP:
  • Tumis Pucuk Paku sampai agak agak layu agar sedikit ranggup waktu dimakan
  • Boleh menambahkan Tempe, Telur Rebus atau Petai mengikuti selera
  • Jika menggunakan Udang ukuran medium dan besar, eloklah keluarkan kulit kepala dan kaki supaya lebih mudah dimakan.
  • Jangan buang bahagian yang tidak digunakan, kumpul kemudian boleh digoreng kering dan dikisar halus untuk digunakan sebagai pengganti Belacan
  • Untuk udang bersaiz medium dan kecil, tak perlu buang kulit ekor supaya udang nampak cantik.
  • Tidak perlu membersihkan Udang kecil dari kotorannya
  • Menurut petuah orang lama kulit dan ekor Udang mengandungi obat kolesterol, jadi ada khasiat bila dimakan
  • Boleh mengganti Udang dengan Ketam atau Ikan Bilis
  • Anda boleh menggunakan perasa tetapi lebih sihat jika anda tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel kslina, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: