Gambar Kurma Telur

Resepi Kurma Telur sesuai untuk berbuka Puasa

Resepi Kurma Telur ini dibuat berbeza tanpa menggunakan rempah 4 sekawan dan menggunakan Telur rebus goreng. Dengan menggoreng Telur rebus, Telur lembut akan mempunyai tekstur yang sedikit rangup dalam setiap gigitan, memberikan kontras yang memuaskan dan rempah ratus juga mudah melekat pada kerak Telur.

Seperti Resepi Kurma Telur secara umum, resepi ini  mengandung Sos santan yang berkrim yang dipenuhi dengan aromatik rempah ratus digabungkan dengan kemanisan dari kurma membuat hidangan sangat sesuai untuk berbuka di bulan puasa. Selain itu, Hidangan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak pedas. Resipi ini juga boleh menjadi penyelesaian jika anda kehabisan daging di rumah tapi belum berkesempatan nak shopping.

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • 2 Kuali
  • Spatula
BAHAN-BAHAN:
  • 20 biji Telur Ayam
  • 1 sudu Lada Hitam
  • 1 sudu Jintan Putih
  • 1 sudu Jintan Manis
  • 1 sudu Ketumbar
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • 2 sudu Rempah Kurma
  • 2 sdm air Asam Jawa
  • 200ml Santan
  • 2 inci Halia
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 biji Bawang Merah Besar
  • 3 batang Cili Merah
  • 1 biji Tomato
  • 2 biji Kentang
  • 1 batang Lobak Merah
  • 1 tangkai Daun Kari
  • 1 helai Daun Kunyit
  • 1 helai Daun Pandan
  • Air secukupnya
  • Minyak Masak
  • Garam secukup rasa
  • Penyedap Rasa
BAHAN OPSYENAL:
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit Daun Ketumbar
  • Sedikit Daun Sup

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA BUAT SERUNDING AYAM:
  1. Rebus Telur Ayam dengan Air kemudian tambahkan 2 sudu Garam ke dalam Kuali
  2. Angkat dan biarkan sejuk, Kemudian kupas kulitnya
  3. Masukkan Lada Hitam, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar lalu panggang sampai naik bau
  4. Angkat dan biarkan sejuk
  5. Masukkan  Minyak ke dalam Kuali lalu goreng Telur rebus
  6. Angkat dan Toskan
  7. Cuci Kentang dan Lobak Merah, Kupas kulitnya lalu potong mengikuti selera
  8. Potong Halia, Bawang Putih, Bawang Merah Besar, dan Tomato
  9. Setelah rempah kering sejuk, Kisar Lada Hitam, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar, Halia, Bawang Putih, ½ Bawang Merah Besar, dan Tomato sampai halus
  10. Panaskan api 
  11. Ikat lemas Daun Kunyit dan Daun Pandan
  12. Tumis ½ Bawang Merah Besar, Daun Kari, Daun Kunyit, Daun Pandan
  13. Masukkan bahan kisar kemudian tumis
  14. Selepas pecha minyak, masukkan Kentang dan Lobak Merah lalu kacau
  15. Masukan Air secukupnya
  16. Tutup Kuali dan masak kentang sehingga agak lembut
  17. Masukkan Rempah Kurma
  18. [Opsyenal]
    Tambahkan Garam secukup rasa
    Tambahkan Gula secukup rasa
    Masukkan Penyedap Rasa
  19. Masukkan Serbuk Kunyit dan air Asam Jawa
  20. Masukkan Telur
  21. [Opsyenal]
    Masukkan Daun Ketumbar
    Masukkan Daun Sup
  22. Masukkan Santan lalu kacau
  23. Masukkan Cili Merah lalu gaul sampai rata
  24. Masak sebentar kemudian angkat dan hidangkan
PRO TIP:
  1. Petua untuk membuat kulit Telur rebus mudah dikupas adalah dengan menambah sedikit cuka semasa merebus Telur, atau cara mudah lain ialah merendam Telur yang baru direbus sebentar ke dalam air sejuk.
  2. Anda boleh hiris putih selepas merebus atau menggoreng Telur supaya rempah meresap
  3. Tomato boleh diganti dengan tomato ceri untuk mengurangkan rasa masam kuah
  4. Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel 100 Rasa Channel, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: