Gambar Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Nostalgia Zaman Dulu

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri ini mengingat zaman silam sekitar 80an dan 90an so tanpa menggunakan Sos Cili, Sos Tomato atau Tepung Jagung. Ayam Masak Merah merupakan salah satu hidangan tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya dihidangkan sebagai hidangan utama pada majlis-majlis istimewa seperti Kenduri Kahwin atau Gotong Royong.

Kenduri Kahwin adalah salah satu acara utama dalam budaya Malaysia, dan menghidangkan Ayam Masak Merah pada acara itu adalah tradisi yang menandakan kebahagiaan dan kelimpahan. Lama kelamaan, Resepi Ayam Masak Merah Kenduri ini telah berkembang dan menjadi variasi yang disesuaikan dengan citarasa dan kegemaran orang ramai. Hidangan ini sering dihidangkan bersama Nasi Minyak, Nasi Tomato, atau Nasi Himpit.

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
  • Mangkuk
BAHAN-BAHAN:
  • 2 ekor ayam
  • 1 sudu Serbuk Kunyit
  • 3 buah Bawang besar
  • 8 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 3 batang Kayu Manis
  • 6 kuntum Cengkih
  • 12 Buah Pelaga
  • 3 kuntum Bunga Lawang
  • 20 batang Cili Kering
  • 1 mangkuk kecil Air Asam Jawa
  • 100ml Santan
  • 1 biji Bawang Holland
  • 1 buah Tomato
  • Sedikit Air
  • Minyak Masak
  • Garam secukup rasa
BAHAN OPSYENAL:

Gula secukup rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA MASAK AYAM MASAK MERAH:

  1. Perap Ayam menggunakan Garam dan Serbuk Kunyit
  2. Gaul sampai sebati, biarkan rempah ratus meresap selama 15 – 20 minit sambil menyediakan bahan – bahan yang lain
  3. Potong Bawang Besar kemudian masukkan ke dalam Blender
  4. Masukkan Bawang Putih
  5. Potong kemudian masukkan ke dalam Blender
  6. Tambahkan sedikit Air lalu kisar
  7. Panaskan Minyak dalam Kuali
  8. Goreng Ayam jangan sampai garing sekitar 60-70% masak sebab nanti nak rebus dengan kuah supaya rempah boleh menyerap
  9. Bolehlah diangkat dan toskan
  10. Keluarkan minyak secukupnya dari kuali, gunakan selebihnya untuk menumis rempah
  11. Masukkan Rempah 4 Sekawan (Kayu Manis, Cengkih, Buah Pelaga dan Bunga Lawang)
  12. Setelah naik bau, Masukkan Bahan kisar kemudian kacaukan sesekali
  13. Kisar Cili Kering
  14. Masukkan Cili Kisar
  15. Kacaukan sampai kuah meletup-letup dan separuh kering baru kita boleh masukkan Garam 
  16. [Opsyenal] Masukkan Gula
  17. Masukkan Air Asam Jawa, kemudian kacaukan
  18. Tutup Kuali tapi buka sedikit, tunggu sehingga mendidih
  19. Tambahkan Santan, kacaukan, lalu tunggu sehingga mendidih
  20. Masukkan Ayam Goreng, lalu kacaukan
  21. Tutup Kuali tapi buka sedikit, tunggu sehingga agak kering
  22. Potong Bulat Bawang Holland dan Potong Tomato, Masukkan ke dalam Kuali
  23. Gaul kemudian tutup Kuali sampai kuah agak kering
  24. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

PRO TIP:

  1. Gunakan Sarung Tangan supaya kuku tidak menjadi kuning terkena Serbuk Kunyit selepas memerap Ayam.
  2. Gunakan Ayam cuma bagian dada agar lemak berkurang
  3. Kalau menggunakan Gula harus timing yang pas, Kalau Masukkan di awal jadi tak sedap, sedangkan masuk ujung rugi sebab bila masuk pertengahan gula akan tolong caramelized supaya cepat bertukar warna
  4. Bawang Holland dan Tomato boleh dimasukkan di ujung atau di dekat ujung biar sebati
  5. Boleh guna penyedap rasa tetapi lebih sihat jika tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Kak Yan, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: