gambar Ketam Masak Lemak

Resepi Ketam Masak Lemak yang sedap hingga menjilat jari

Ketam Masak Lemak merupakan salah satu daripada banyak hidangan tradisional Melayu. Resepi Ketam Masak Lemak ini akan menghasilkan hidangan yang simple supaya kita dapat menikmati rasa Ketam yang tidak dihilangkan oleh rasa rempah ratus.

Resepi Ketam Masak Lemak ini juga tidak menggunakan Minyak Masak sama sekali dan untuk mengimbangi rasa Santan kita akan menggantikan Kentang dengan Nanas. Jika anda ada kolesterol, sila berhati-hati kerana jika anda ketagih, hanya satu pinggan tidak akan mencukupi. Jom kita tengok prosesnya!

PERALATAN:
  • Pisau
  • Papan Pemotong
  • Blender
  • Kuali
  • Spatula
Bahan-bahan:
  • 200ml Santan
  • ½kg Ketam 
  • 8 tangkai Cili Api
  • 4 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 3 batang Serai
  • 1 helai Daun Kunyit
  • 1 keping Asam Keping
  • 1 buah Nanas ukuran sedang
  • Garam secukup rasa
BAHAN OPSYENAL:

Penyedap Rasa

Perlu komoditi dari Indonesia?

CARA MEMASAK KETAM MASAK LEMAK: 
  1. Basuh Ketam dan gosok dengan berus gigi lama yang sudah tidak digunakan
  2. Tolakkan dan buang bahagian belakang segitiga
  3. Dengan berhati-hati kita lepas cangkang, dengan cara menarik yang tajam ke atas supaya telur tidak terikut
  4. Buang insang yang berupa seperti plastik di bagian kiri dan kanan Ketam
  5. Gunting sedikit kaki dan potong bagian-bagian lain yang tidak diinginkan.
  6. Hiris Nanas sesuai ukuran yang diinginkan
  7. Potong kasar Bawang Merah, Bawang Putih dan Cili Padi
  8. Masukkan Bawang Merah, Bawang Putih dan Cili Padi ke dalam Blender
  9. Tambahkan sedikit Air lalu kisar sampai halus
  10. Ketuk ujung Serai supaya dia punya aroma boleh keluar
  11. Lipat Daun Kunyit di tengah kemudian hiris dan buang batang keras di tengah
  12. Potong Daun Kunyit sesuai selera
  13. Masukkan bahan kisar ke dalam Kuali tanpa menyalakan Api
  14. Tambahkan Serbuk Kunyit
  15. Buka Api besar lalu masukkan 1 cawan Air untuk jadikan kuah
  16. Masukkan Serai
  17. Tumis sampai mendidih.
  18. Masukkan Ketam ke dalam kuali
  19. Masukkan Asam Keping, dan biarkan kuah mendidih.
  20. Masukkan Santan dan kecilkan api
  21. Masukkan Nanas lalu kacau hingga gaul sebati
  22. Masukkan Daun Kunyit
  23. Kacau-kacau kemudian Setelah mendidih tambahkan Garam
  24. [Opsyenal] Masukkan Penyedap Rasa
  25. Tes Rasa
  26. Angkat dan Hidangkan 
PRO TIP:
  1. Pastikan Ketam yang segar supaya hidangan anda menjadi lazat.
  2. Jika Ketam jantan, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit jadi lebih senang nak makan
  3. Isi Ketam betina lebih banyak daripada Ketam jantan, untuk membezakan mereka lihat bahagian belakang segitiga jika timbul berarti Ketam betina sedangkan yang nipis jantan
  4. Ciri-ciri Ketam masak iaitu jika cangkang warna orange, Isi Ketam berwarna putih dan telur tak berwarna cerah sangat
  5. Senantiasa kacau setelah memasukkan Santan agar kuahnya tidak berkeladak
  6. Selain Nanas, boleh juga menggunakan Buah asam belimbing
  7. Anda juga boleh menggunakan perasa tetapi lebih sihat jika anda tidak menggunakannya

Resipi inspirasi dari channel Dayang Suri, ingin tahu tentang video asal? tonton video tersebut


Posted

in

by

Tags: